Kutipan Kilat Mangsa Banjir di Terengganu & Kelantan

RM10.00RM3,000.00

SKU: banjir-kkmbtk Category:

Hujan berterusan semakin memburukkan keadaan. Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) juga telah mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka akan terus melanda di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan Kelantan bermula awal pagi 11 Disember sehingga 13 Disember..

Tanpa disedari semakin ramai telah menjadi mangsa korban banjir kali ini. Lebih menyayat hati, kebanyakkan mangsa korban terdiri daripada kanak-kanak yang masih kecil. Usaha untuk memindahkan mangsa juga sedang giat dilakukan dengan segera.

Mangsa di kawasan berisiko dan terjejas banjir berada dalam keadaan berwaspada dan siap sedia jika diarah untuk berpindah. Mereka hanya dibenarkan untuk membawa dokumen dan barang penting sahaja.

Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan kutipan dana kecemasan banjir bagi membantu menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas banjir.

Sumber : TV3

Ayuh kita salurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir untuk tidak kelapara dan sinarkan sedikit keceriaan buat mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ Kutipan Kilat Mangsa Banjir di Terengganu & Kelantan”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *