MEMBAYAR FIDYAH TANGGUNGJAWAB ANDA

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.Fidyah

Mengapa Bayar fidyah dengan
yayasan ammirul Ummah

Memudahkan urusan pembayaran Fidyah

Platform pembayaran fidyah yang Dipercayai

Menyediakan Laporan agihan Sumbangan

Agihan kepada orang yang memerlukan

INFAK BERAS

RM13,168.00 of RM25,000.00
ended 4 bulan ago
WhatsApp
Telegram
Facebook

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Surah Al Baqarah Ayat: 184

Berdasarkan ayat al-Quran ini amat jelas bagi setiap umat Islam yang telah meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab sengaja ataupun tidak hendaklah menggantikan puasanya. Namun, bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa tersebut, mereka WAJIB membayar fidyah.

ADA SOALAN BERKAITAN FIDYAH?