PENGENALAN

Yayasan Ammirul Ummah telah menjalankan Projek Foodbank Ummah ini sejak dari tahun 2021 sehingga sekarang. Program ini memfokuskan sumbangan makanan asasi kepada golongan asnaf, oku, pelajar asnaf dan golongan yang layak menerima manfaat ini sahaja. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama dapat meringankan beban mereka.

Objektif

1. Memupuk sikap persaudaraan Islam tidak mengira umur dan taraf hidup untuk membantu
2. Memupuk nilai murni iaitu suka membantu mereka yang memerlukan
3. Membuktikan Islam itu Ad-Din yang syumul dan sejahtera yang mengajar umatnya supaya berlumba dalam urusan kebajikan
4. Ke arah persaudaraan korporat dalam memperkuatkan ekonomi umat Islam

Antara program yang telah dilakukan

Bakul Makanan

Sebanyak 31,542 bakul makanan yang telah diagihkan kepada golongan asnaf, pelajar dan juga

Beras

Sebanyak 21,524 kapit berastelah diagihkan kepada golongan asnaf, pelajar dan yang memerlukan sepanjang 3 tahun program kami yang kurang berkemampuan

Sasaran Program

Pelajar Asnaf

60 Sekolah (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu)

1 Sekolah : 30 Pelajar Asnaf

1 Tin : 5 Pelajar

0
Pelajar
0
Tin/Botol Air Minuman Setiap Pelajar
0
Jumlah Tin/Botol Air Minuman

Cadangan Sumbangan

Pakej A

9000 tin/botol air 

Pakej ini akan memberi manfaat kepada 1800 orang pelajar

Pakej B

6000 tin/botol air

Pakej ini akan memberi manfaat kepada 1200 orang pelajar

Pakej C

3000 tin/botol air

Pakej ini akan memberi manfaat kepada 600 orang pelajar

“Pihak kami juga menerima sebarang amaun sumbangan untuk projek Foodbank Ummah Ramadan 2024”

Kaedah Sumbangan

Kaedah 1

Pihak YAU, JPNT dan sekolah turun padang ke rumah pelajar asnaf.

Kaedah 2

YAU dan JPNT
turun padang ke sekolah untuk agihan di sekolah.
RM430.00 of RM20,000.00
ended 5 bulan ago

Sila klik pautan dibawah untuk berkongsi maklumat ini bersama orang ramai dan membantu golongan yang memerlukan 

WhatsApp
Telegram
Facebook
Twitter
LinkedIn