PENGENALAN

Yayasan Ammirul Ummah telah menjalankan Projek Foodbank Ummah ini sejak dari tahun 2021 sehingga sekarang. Program ini memfokuskan sumbangan makanan asasi kepada golongan asnaf, oku, pelajar asnaf dan golongan yang layak menerima manfaat ini sahaja.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama dapat meringankan beban mereka.

Objektif

1. Memupuk sikap persaudaraan Islam tidak mengira umur dan taraf hidup untuk membantu
2. Memupuk nilai murni iaitu suka membantu mereka yang memerlukan
3. Membuktikan Islam itu Ad-Din yang syumul dan sejahtera yang mengajar umatnya supaya berlumba dalam urusan kebajikan
4. Ke arah persaudaraan korporat dalam memperkuatkan ekonomi umat Islam

Dengan rendah hati, Yayasan Ammirul Ummah mengajak anda untuk menaja Ummah Pack dengan tujuan memberi bantuan makanan asas/ barang dapur kepada golongan yang sangat memerlukan seperti golongan dhuafat,miskin,golongan berpendapatan rendah,asnaf,pelajar-pelajar tahfiz/pondok dan lain-lain. Setiap pek yang anda taja, dapat ‘membantu’ mereka meneruskan kehidupan. InsyaAllah.

Setiap bantuan anda akan digunakan untuk untuk membeli beras, gula, minyak, garam, kicap dan barang2 keperluan lain. Semoga setiap amalan kebaikan yang kita buat, Allah SWT akan membalas sebaik-baiknya. Semoga setiap rezeki yang anda kongsikan kepada penerima, dilipat gandakan balasan yang baik oleh Allah SWT. Amin

 

يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ‌ۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ وَمَا

تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

(Surah Al-Baqarah: 215)

Antara program yang telah dilakukan

Bakul Makanan

Sebanyak 31,542 bakul makanan yang telah diagihkan kepada golongan asnaf, pelajar dan juga

Beras

Sebanyak 21,524 kapit berastelah diagihkan kepada golongan asnaf, pelajar dan yang memerlukan sepanjang 3 tahun program kami yang kurang berkemampuan

Kaedah Sumbangan

Kaedah 1

Pihak YAU, JPNT dan sekolah turun padang ke rumah pelajar asnaf.

Kaedah 2

YAU dan JPNT
turun padang ke sekolah untuk agihan di sekolah.

Sila klik pautan dibawah untuk berkongsi maklumat ini bersama orang ramai dan membantu golongan yang memerlukan 

WhatsApp
Telegram
Facebook
Twitter
LinkedIn