Majlis Tahlil & Solat Hajat Bulanan Anak Tahfiz

WhatsApp
Telegram
Facebook
Twitter
LinkedIn
Tarikh 11 DISEMBER 2023 / 27 JAMADILAWAL 1445H
Hari ISNIN
Masa  

Borang ini khas untuk jemaah mengisi nama arwah yang ingin didoakan di dalam program tahlil nanti

Pendaftaran adalah PERCUMA sahaja.(klik untuk melihat cara mendaftar)

Pastikan anda isi Nama anda, No. Telefon & Nama Arwah yang ingin dibaca tahlil dan didoakan di borang di bawah.

PERINGATAN

* Bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang, kami hanya benarkan 2 nama arwah sahaja setiap bulan.

sumber : mufti terengganu

Jawapan:

Dalam satu hadith sahih disebutkan:

عَنْ أبِى هُرَيْرَة أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أووَلَدٍ m صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Maksudnya:

“Apabila seorang manusia meninggal, maka putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Kalau dinisbahkan kepada doa, doa anak yang soleh akan sampai kepada si mati. Maka sebab itu berkewajipan ke atas muslim mendidik anak-anaknya supaya menjadi soleh, mudah-mudahan mereka akan mendoakan kebajikan untuk orang tuanya setelah mati kelak. Namun apa-apa doa yang ikhlas yang datang dari orang lain juga sampai kepada si mati kalau doa itu makbul. Ini berdasarkan hadith:

استغفروا لأخيكم واسألوا له التثبيت، فإنه الآن يسأل

Maksudnya:

“Minta ampunlah bagi saudara kamu dan pohonlah supaya ia tetap pendirian kerana sekarang ia sedang disoal (dalam kubur).” (Riwayat Abu Dawud)

Khusus untuk hadiah pahala kepada arwah ibu bapa, seseorang itu juga boleh berbakti kepada ibu bapanya yang telah mati dengan membuat apa yang disarankan dalam hadith berikut:

عن أبي أسيد الساعدي رضي الله عنه قال: بينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ جاء رجل من بني سلمة فقال: يا رسول الله هل بقي من بر أبوي أبرهما به بعد موتهما؟ قال: ” نعم الصلاة عليهما والاستغفار لهما وإنفاذ عهدهما من بعدهما وصلة الرحم التي لا توصل إلا بهما وإكرام صديقهما.”

Maksudnya:

“Dari Abu Usaid Malik bin Rabi’ah as-Sa’idi r.a, katanya: “Pada suatu ketika kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datanglah kepadanya seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah masih ada amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tua saya setelah keduanya meninggal dunia?” Baginda menjawab: “Ya, masih ada iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah kematiannya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan kawan taulannya.” (Riwayat Abu Dawud)

Dalam hadith lain:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا؟ فَقَالَ: لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى

Maksudnya:

“Dari Ibn Abbas r.a berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal dunia sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku?” Baginda menjawab: “Andaikata ibumu menanggung hutang (dengan manusia), apakah engkau yang membayarnya?” Beliau menjawab: “Ya” Maka baginda bersabda: “Hutang kepada Allah lebih patut dibayar.”

Banyak hadith yang menerangkan bahawa sedekah harta benda untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang yang telah mati amat digalakkan. Ini seperti hadith berikut:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِنَّ اَبِيْ مَاتَ وَتَرَكَ مَالاً وَلَمْ يُوْصِ فَهَلْ يَكْفِى عَنْهُ اَنْ اَتَصَدَّقَ عَنْهُ؟ قَالَ نَعَمْ

Maksudnya:

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka apakah berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya.”

Namun, kalau sedekah pahala bacaan al-Quran, maka ada dua pandangan dalam isu ini. Ada pandangan yang mengatakan bahawa tidak sampai pahala sedekah bacaan ayat-ayat al-Quran kerana al-Quran itu dibacakan untuk orang yang hidup kerana ia boleh mendengar, melihat dan mengamalkan isi kandungan al-Quran. Maka sebab itu, pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati. Ini adalah pandangan Imam Syafie. Berkata Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya:

وَ مِنْ هَذِهِ اْلآيَةِ الْكَرِيْمَةِ اِسْتَنْبَطَ الشَّافِعِى رَحِمَهُ اللهُ وَمَنِ اتَّبعُهُ اَنَّ الْقِرَاءَةَ لاَ يَصِلُ اِهْدَاء ثَوَابَهَا الْمَوْتَى لاَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلاَ كَسْبِهِمْ وَلِهَذَا لَمْ ينْدب اِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اُمَّتَهُ وَلاَ حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلاَ اَرْشَدَهُمْ اِلَيْهِ بِنَصٍ

Maksudnya:

“Melalui ayat yang mulia ini (ayat 7 surah al-Zumar), Imam Syafie dan para pengikutnya mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah mensunnahkan umatnya dan menganjurkan mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjuk kepada kepentingannya (menghadiahkan bacaan kepada si mati) walaupun dengan satu nas (dalil).”

Pandangan kedua pula mengatakan harus menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati dan sampai pahala kepadanya dengan izin Allah. Ini adalah pandangan kebanyakan ulama seperti yang disebut dalam kitab al-Fatawa al-Syar’iyyah. Berdasarkan pandangan kedua ini, maka bacaan al-Quran yang dibaca di dalam majlis tahlil itu boleh sampai kepada si mati kalau Allah memustajabkannya.

Berita Semasa

Program untuk Majlis Tahlil dan solat hajat bulanan anak Tahfiz

Tutorial

Playlist

1 Videos