“Allahamdulillah kita semua Masih diberi peluang untuk bertemu bulan Ramadan pada tahun ini.”
Bayangkan hampir saban tahun Indonesia di gemparkan dengan bencana gempa bumi. Hampir kesemua harta benda, kediaman dan masjid musnah.
Pada tahun 2018, Sulawesi Indonesia telah ditimpa gempa dan tsunami yang telah memusnahkan 191 masjid di sana.
Pihak Yayasan ammirul ummah dalam misi untuk membantu saudara kita membina semula semua masjid di sana. Bantuan kewangan daripada pihak tuan puan amat di perlukan.
Allahu berat mata memandang berat lagi bahu yng memikul. Itulah yang dapat kami gambarkan pada Ketika itu. hasil tinjauan pasukan kami di Indonesia rata rata penduduk di sana hilang tempat untuk beribadat. Mereka meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana satu satunya tempat ibadat mereka telah musnah.besar Harapan mereka untuk melihat masjid di bina semula di tanah air sendiri.
Maka kami dari Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Rayuan dana pembinaan masjid di Indonesia.
Antara solusi pantas yang telah kami lakukan adalah dengan mempercepatkan proses pembinaan masjid-masjid di sana.
Setakat ini jumlah masjid yang sudah siap di bina adalah 6 buah masjid. Namun terdapat beberapa buah lagi masjid yang masih dalam proses pembinaan.
Sejak gempa bumi melanda di kawsan sumatera Indonesia, pasukan kami telah turun padang untuk meninjau dan membantu membersihkan Kawasan yang terjejas.
AYUH, TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN
Ø Baki dana terkini yang diperlukan untuk pembinaan masjid di Indonesia adalah RM400 000.00 untuk pembangunan 4 masjid di Sumatera yang memerlukan bantuan dengan Segera!
Tabung dana masjid ini perlu digerakkan serta merta kerana keperluan yang sangat mendesak.
Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 10 !
PENYELENGGARAAN MASJID DI MALAYSIA
Pada awal Februari 2021, kami Yayasan Amirul Ummah telah melawat beberapa buah masjid di terengganu. Sebanyak 10 buah masjid yang kami dapati berada dalam keadaan usang dan daif.
Masjid-masjid ini berada dalam kawasan pendalaman dan jauh daripada pusat pembangunan setempat. Masjid masjid ini juga dijadikan sebagai tempat mempelajari ilmu agama bagi masyarakat sekitarnya.
Allahu sayu hati kami melihat keadaan masjid di sana. Hanya Allah S.W.T yang mampu memberikan ganjaran sebaiknya kepada mereka atas kegigihan dan ketekunan mereka beribadat dalam keadaan serba kekurangan.
Tidak akan rugi orang yang menyumbang kearah jalan-jalan Allah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani
“AYUH, TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN”
Yayasan Ammirul Ummah melancarkan Program Wakaf Masjid sempena Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini untuk membantu mereka yang memerlukan.