Setiap sumbangan anda akan memberikan bantuan yang amat bermakna kepada mereka yang terjejas, membolehkan mereka meneruskan kehidupan dan ibadah meskipun dalam situasi yang sukar.
SEBELUM TAHUN INI BERAKHIR, APA LANGKAH PERTAMA YANG KITA BOLEH AMBIL UNTUK JADI LEBIH BAIK?
Tahun ini hampir berakhir, mengajak kita merenung—apa yang telah kita capai dan apa yang masih kurang? Kita semua tak sempurna, tetapi sebelum tahun ini berakhir, kita masih ada peluang untuk berubah.Kisah seorang sahabat yang datang kepada Rasulullah SAW, mengakui kekurangannya, mengingatkan kita: Rasulullah hanya menasihatinya untuk memulakan dengan satu amal kebaikan.Muhasabah adalah langkah pertama. Mulakan hari ini dengan satu amal kecil, kerana perubahan besar bermula dari langkah yang sederhana.
Masih ramai mangsa banjir yang mengharapkan telekung baru bagi menggantikan pakaian ibadah mereka yang terkena banjir.
Ayuh berwakaf kit solat dengan kami. Kami akan bantu salurkan wakaf anda kepada mangsa banjir dan golongan asnaf yang memerlukan. Semoga pahala tersebut tetap mengalir dalam diri kita dan dikira sebagai amal kebaikan. Amin
PREMIUM KIT SOLAT
-Telekung
-Sejadah
-Kain pelikat
-Al-quran
-Tasbih
-Sarung kaki
-Tuala muka
Bersama-sama membuat kebaikan dan kebajikan dengan Yayasan Ammirul Ummah