PROGRAM BANTUAN WAKAF AL QURAN 10,000 NASKAH KE JAWA BARAT

RM60.00RM600.00

Marilah bersama Yayasan Ammirul Ummah untuk terus menyinari rantau Nusantara dengan cahaya Al-Quran melalui program infak tunai Wakaf Al-Quran Ummah / Nusantara.Cahaya Al-Quran bukan seperti cahaya lampu atau pelita, tetapi cahaya Al-Quran mampu untuk menerangi hati sanubari dan menerangi kehidupan, bahkah menjadi pembantu di alam kubur dan akhirat kelak.

SKU: wq-jawabarat Categories: , Tags: , , , , , ,

Description

KALI INI JAWA BARAT??

Agihan pembukaan bulan November 2022 tahun ini dengan sasaran seterusnya ke Jawa Barat, Indonesia 10000 Naskah.

 

KENAPA JAWA BARAT

Mula dari januari awal tahun ini indonesia digemparkan dengan banyak berlaku bencana dengan kadar berlakunya sebanyak 1855 kejadian, termasuk di jawa barat sebanyak 469 kejadian.

Jawa barat terbahagi kepada 27 daerah untuk alquran diagihkan. Dalam penyaluran al quran itu, kami dari yayasan ammirul ummah akan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi yang mengedarkan al quran di indonesia.

Pengagihan yang melibatkan diantaranya masjid, pondok pasentren dan penduduk yang memerlukan. Dan kami lebih fokuskan kepada pasentren pasentren (pondok) dan masjid masjid. Oleh itu marilah sama sama kita berkeringat dengan membantu mereka melalui menyumbang / wakaf / sedekah naskah alquran untuk kita sama sama ke syurga.

 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: Sedekah yang berlaku terus menerus, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Program Wakaf Al-Quran untuk membuka peluang kepada seluruh umat Islam bersama-sama menebar kebaikan serta memberi bantuan kepada pusat-pusat tahfiz atau golongan yang memerlukan

Niatkanlah wakaf anda atas nama:

· Ibu bapa tercinta yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia

· Keluarga:suami/isteri , mak ayah kandung,mak mertua,guru, Arwah

· Kenalan: Mereka yang kita berhutang tetapi terputus hubungan, mereka yang pernah berbuat baik sebagai membalas jasa.

Yang bestnya, kita bukan saja dapat berbakti kepada roh orang tua yang telah pergi, tetapi kita juga dapat bahagiakan anak-anak muslim kita yang lain bila terima Quran baru.

Kita hanya berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Sunan Tirmizi)

Subhanallah, begitu banyak kelebihan bersedekah kan?

Jom sama sama kita membantu lebih ramai lagi para pelajar yang ingin menghafaz dan menegakkan khalimah Allah

Semoga hasil wakaf tuan/puan mendapat keberkatan, diluaskan seluasnya pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan/puan. Aamiin

Berapa yang anda boleh sumbangkan untuk kempen wakaf Al-Quran ini?

Tuan/Puan boleh menyumbang mengikut pakej yang kami sediakan di bawah :

Pakej 1: 10 naskah=RM600

Pakej 2: 6 naskah=RM360

Pakej 3:3 naskah=RM180

Pakej 4:2 naskah = RM120

Pakej 5:1 naskah=RM60

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PROGRAM BANTUAN WAKAF AL QURAN 10,000 NASKAH KE JAWA BARAT”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *