Program Kit Solat Ramadan untuk Asnaf

Jom bantu Yayasan Ammirul Ummah untuk mengumpulkan dana untuk agihan Kit Solat untuk Asnaf sempena Bulan Ramadan.

RM6,164.00 of RM40,000.00
ended 1 tahun ago
WhatsApp
Telegram
Facebook
Twitter
LinkedIn

INFO PROGRAM KIT SOLAT SEMPENA RAMADAN

“Allahamdulillah kita semua Masih diberi peluang untuk bertemu bulan Ramadan pada tahun ini.”

1 KIT SOLAT UNTUK 1 KELUARGA

Ramai diluar sana yang mengharapkan telekung solat baru bagi menggantikan pakaian ibadah mereka kerana mereka tidak mampu atas faktor kemiskinan. Kewangan mereka hanya mampu untuk makan dan minum harian mereka sahaja.

Ketika agihan Foodbank Kepada asnaf, seorang makcik Khadijah bertanya ada tak telekung solat orang wakaf kerana 5 tahun makcik guna telekung yang sama. Sangat sayu bila makcik mendengar cerita makcik khadijah.

Ayuh berwakaf kit solat dengan kami. Kami akan bantu salurkan wakaf anda kepada golongan asnaf yang memerlukan. Semoga pahala tersebut tetap mengalir dalam diri kita dan dikira sebagai amal kebaikan. Amin.

 Alhamdulillah kit solat ramadan untuk asnaf ini merupakan fasa ke 3 kami jalankan.

Pujukan dan ajakan Allah terhadap hamba untuk sentiasa berlumba berbuat kebaikan melalui firmanNya yang bermaksud:

“…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”– (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Di kala sihat tubuh badan, kita mampu lagi berikan bermacam-macam alasan untuk mengelak atau bertangguh dari melakukan amal kebaikan.Kelak bila nyawa sudah berada di hujung kerongkong, apakah kita akan berasa gembira dengan alasan-alasan yang diberikan sepanjang hayat itu?
Atau, mungkin berasa menyesal yang teramat?

Amal kebaikan yang dilakukan tidak akan rugi sesen pun, bahkan akan dilipat gandakan rezeki dan dihindarkan dari segala musibah dan bencana.
Betapa hebatnya kuasa bersedekah. Mulakan dari sekarang biarpun sedikit asalkan berterusan. InsyaAllah, moga Allah memberkati amal dan kebaikan yang dilakukan.

1 KIT SOLAT UNTUK 1 KELUARGA

1 kit solat termasuk;
-Telekung berjenama
-Sejadah premium
-Kain pelikat berjenama

disertakan bersama
-Al-quran,
-tasbih,
-sarung kaki
-tuala muka
 
YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH RAHMAT DAN ANGKAT KESUSAHAN SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG DIUJI DAN MURAHKAN REZEKI KITA SEMUA

Berita Semasa

Yayasan Ammirul Ummah melancarkan Program Kit Solat untuk Asnaf sempena Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

Status Pencairan dana

Kiriman Doa