Program Kit Solat

RM10.00RM2,000.00

Mari meraih ganjaran pahala yang berpanjangan dengan melakukan infak kit solat kepada mangsa banjir dan asnaf

SKU: kitsolat Categories: ,

“Sibuk sangat sekarang ni takde masa nak sedekah…”

 

Pujukan dan ajakan Allah terhadap hamba untuk sentiasa berlumba berbuat kebaikan melalui firmanNya yang bermaksud:

…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”- (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Di kala sihat tubuh badan, kita mampu lagi berikan bermacam-macam alasan untuk mengelak atau bertangguh dari melakukan amal kebaikan.Kelak bila nyawa sudah berada di hujung kerongkong, apakah kita akan berasa gembira dengan alasan-alasan yang diberikan sepanjang hayat itu?

Atau, mungkin berasa menyesal yang teramat?
Amal kebaikan yang dilakukan tidak akan rugi sesen pun, bahkan akan dilipat gandakan rezeki dan dihindarkan dari segala musibah dan bencana.
Betapa hebatnya kuasa bersedekah. Mulakan dari sekarang biarpun sedikit asalkan berterusan. InsyaAllah, moga Allah memberkati amal dan kebaikan yang dilakukan.

1 KIT SOLAT UNTUK 1 KELUARGA

Masih ramai mangsa banjir yang mengharapkan telekung baru bagi menggantikan pakaian ibadah mereka yang terkena banjir.
Ayuh berwakaf kit solat dengan kami. Kami akan bantu salurkan wakaf anda kepada mangsa banjir dan golongan asnaf yang memerlukan. Semoga pahala tersebut tetap mengalir dalam diri kita dan dikira sebagai amal kebaikan. Amin.

1 kit solat termasuk;
-Telekung
-Sejadah
-Kain pelikat

Setiap 1 set solat, akan disertakan bersama (Al-quran, tasbih, sarung kaki dan tuala muka)

KENAPA HARGA RM 200.00 ( 1 KIT )

TELEKUNG
-Telekung kualiti premium, kain yang sejuk dan tidak jarang.
-Mengikut bentuk muka si pemakai. Ianya sangat selesa dan tidak akan meninggalkan apa2 tanda walaupun dipakai dalam tempoh yang lama
-Dihiasi corak sulam yang minimal namun tetap nampak feminin, cantik dan kemas
-Tidak perlu memakai anak telekung
-Material kain yang digunakan pada bahagian dagu adalah untuk “perfect fit” dan menambah keselesaan ketika beribadah
-Tidak perlu menggunakan pin
-Fabrik yang sangat selesa dan lembut seperti kapas

SEJADAH
-Berfungsi untuk meredakan tekanan pada kaki dan otot.
-Selesa hendak duduk lama-lama ketika berzikir, baca Al-Quran mahupun membaca kitab di atas sejadah.
-Membantu mengurangkan sakit tumit, lenguh-lenguh badan dan sakit sendi ketika solat terutama warga emas.

KAIN PELIKAT
-Jenis kain lembut, tidak panas dan tidak jarang
-Kain sudah siap dijahit
-Mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik dan eksklusif
-Sesuai untuk solat dan kegunaan harian

 

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 

YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH RAHMAT DAN ANGKAT KESUSAHAN SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG DIUJI DENGAN MUSIBAH BENCANA BANJIR.

 

Sejak Awal bulan Januari 2022, Seluruh negeri di semenanjung Malaysia ditimpa musibah banjir dan akibatkan kemusnahan yang teruk. Marilah bersama Yayasan Ammirul Ummah bantu meringankan beban saudara kita  yang terkesan akibat musibah ini melalui  Tabung Bantuan Kecemasan Bencana Banjir Malaysia  Yayasan Ammirul Ummah.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan dikurniakan sebaik ganjaran di dunia dan di akhirat. آمِيْن يَا رَبَّ

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Program Kit Solat”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *