PENGENALAN PROJEK PENYELENGARAAN DAN PEMBERSIHAN TANDAS MASJID

Yayasan Ammirul Ummah telah menjalankan Program Pembersihan Tandas Masjid ini sejak dari tahun 2022 sehingga sekarang. Program ini memfokuskan kepada pembersihan tandas-tandas masjid di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Program ini juga di perkenalkan kerana terdapat banyak masjid yang tandasnya tidak bersih dan tidak memberi keselesaan kepada orang awan apabila menggunakannya. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kebersihan tandas di setiap masjid di jaga dengan bersih dan wangi sehingga mencapai 3 bintang.

OBJEKTIF PROGRAM


1- “ Kebersihan itu sebahagian(setengah) dari iman.” (HR. Muslim).
2-
Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan di kawasan ibadah dan menjaga kemudahan awam
3-
Mengekalkan kebersihan dan kesihatan persekitaran
4-
Menyediakan fasiliti yang bersih dan selesa untuk Jemaah

Sebelum & Selepas

PENYELENGGARAAN MASJID DI MALAYSIA

Pada awal Februari 2021, kami Yayasan Amirul Ummah telah melawat beberapa buah masjid di terengganu dan kami dapati berada dalam keadaan usang dan daif.                       

Masjid-masjid ini berada dalam kawasan pendalaman dan jauh daripada pusat pembangunan setempat. Masjid masjid ini juga dijadikan sebagai tempat mempelajari ilmu agama bagi masyarakat sekitarnya.

Allahu sayu hati kami melihat keadaan masjid di sana. Hanya Allah S.W.T yang mampu memberikan ganjaran sebaiknya kepada mereka atas kegigihan dan ketekunan mereka beribadat dalam keadaan serba kekurangan.          

Tidak akan rugi orang yang menyumbang kearah jalan-jalan Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 “Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.” (Hadis Riwayat Thabrani)

Program ini bertujuan untuk sama-sama membantu memudahkan urusan Masjid seperti menampung kos penyelenggaraan dan meneruskan kutipan

Semoga dengan inisiatif kecil ini diilihat sebagai peluang untuk beramal dan memperbanyakkan akaun pahala kita semua dengan niat untuk menghidupkan rumah Allah. 

 

RM37.00 of RM20,000.00
ended 1 bulan ago

Sila klik pautan dibawah untuk berkongsi maklumat ini bersama orang ramai dan membantu golongan yang memerlukan 

WhatsApp
Telegram
Facebook
Twitter
LinkedIn