KAMI SENTIASA MENGAJI WALAUPUN AL QURAN TIDAK CUKUP DAN LUSUH
Walaupun Al Quran tak cukup dan yang ada pun sudah lusuh anak-anak tahfiz ini tetap tidak berhenti dan berputus asa untuk mengaji. Bagi mereka kekurangan ini bukan penghalang tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus mengaji.
Program Korban & Aqiqah 2024/1445 H
Sebut saja Qurban, pasti kita ingat kepada asnaf2 . Ada yang dapat rasa makan daging setahun sekali je. Ramai tahu betapa sempitnya kehidupan asnaf2. Tak dapat dibayangkan bagaimana mereka mampu teruskan kehidupan tanpa adanya bekalan makanan yang cukup setiap hari.
Setiap hari ibu bapa dan anak-anak terpaksa menahan lapar. Pilu hati melihat anak mereka tidak cukup zat untuk membesar kerana tidak mampu membuat apa-apa.
Apa yang ada dan boleh dimakan, itulah yang mereka akan makan demi mengalas perut sehari demi sehari.
PENYERTAAN QURBAN 2024 DIBUKA
BERKONGSI NIKMAT ALLAH BERIKAN
Marilah merasai nikmat ‘memberi’ dengan berkongsi sebahagian daging sembelihan Qurban pada Hari Raya Αidiladha tahun ini.
Yayasan Ammirul Ummah membuka peluang kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk melakukan ibadah Qurban di Sri Lanka dan Malaysia supaya asnaf2 dapat merasai nikmat Hari Aidiladha sama macam kita.
Jangan lepaskan peluang
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban)”
(Riwayat At-Tarmizi)PAKEJ KORBAN
Tahun ini Yayasan Ammirul Ummah telah memilih melaksanakan korban di Malaysia & Sri Lanka
AKTIVITI KORBAN TERDAHULU
Sertai Kami Dalam Menjalani ibadah qurban & Aqiqah
Marilah kita berkongsi Rezeki bersama Asnaf melalui program-program yang dijalankan oleh Yayasan Ammirul Ummah.
Sila klik pautan dibawah untuk berkongsi maklumat ini bersama orang ramai dan membantu golongan yang memerlukan
Soalan Lazim (FAQ)
Seekor lembu boleh dikongsikan 7 orang (7 bahagian)
Dewasa / Baligh
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah” (Surah al-Kautsar : ayat 2)
Antara hikmah ibadah korban adalah untuk membantu golongan susah dan fakir miskin. Ibadah korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmatNya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun
Sunat muakkad – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.
Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.
Aqiqah : Ibadah yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak.
Qurban : Binatang sembelihan, seperti unta, sapi (kerbau), dan kambing yang disembelih pada hari raya Idul Adha dan hari-hari tasyriq sebagai bentuk taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah.
Ia dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW.
Hukum kedua-duanya sunat muakkad.
Waktu terbaik adalah pada hari ke-7 kelahiran bayi. Jika terlepas atas sebab tertentu, anda boleh lakukan pada hari ke-14. Dan sekiranya tidak sempat juga, anda boleh laksanakan pada hari ke-21.
Kadar perbezaannya adalah setiap 7 hari berikutnya sehinggalah anak tersebut mencapai baligh. Akan tetapi, sekiranya tidak mampu dilakukan dalam tempoh tersebut, anda boleh lakukan bila telah berkemampuan.
Dalam mazhab Syafie, dibolehkan untuk menggantikan kambing dengan lembu ataupun unta. Ini temaktub di dalam kitab al-Majmu` karya Imam al-Nawawi Rahimahullah:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ
Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas.