“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis, Sunan Abu Daud 2338).
Marilah kita berkongsi Rezeki bersama Asnaf melalui program “Sumbangan Kurma untuk Asnaf”- Yayasan Ammirul Ummah.
Sempena bulan Ramadan yang akan menjelang tiba, Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Program Sumbangan Kurma untuk diberikan kepada golongan asnaf. Pihak kami menyasarkan kepada sebanyak 5,000 buah keluarga di sekitar Terengganu yang terdiri daripada golongan asnaf.
Rasulullah S.A.W yang bersabda:
Maksudnya: Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga. Riwayat Ibn Khuzaimah (1878)
Marilah kita bersama-sama mendapat pahala dengan memberi makan kepada orang yang berpuasa melalui sumbangan kurma ini yang bukan sahaja dimakan pada waktu berbuka malahan pada waktu sahur.
Marilah kita berinfak untuk membantu golongan ini merasai kemanisan di bulan Ramadan.
Marilah kita berkongsi Rezeki bersama Asnaf melalui program “Sumbangan Kurma untuk Asnaf”- Yayasan Ammirul Ummah.