Kampung Pemulung terletak di Jakarta Utara, dianggarkan terdapat 1,200 keluarga dan 1,000 daripadanya keluarga Muslim.
Selain itu, menurut ketua kampung pekerjaan mereka kebanyaknya adalah mengutip sampah. Kerana kondisi tersebut banyak keluarga mengalami masalah ekonomi dan tiada tempat tinggal yang sempurna.
Kanak-kanak kat sini cukup rajin untuk mengaji tapi mereka kekurangan Al Quran. Sekarang mereka mengaji secara bergilir-gilir dan berkongsi Al Quran dengan kawan-kawan disana.
Ā
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim)