Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan dilipatkali gandakan pahala amalan menyebabkan seluruh dunia bergembira dengan ketibaan bulan yang mulia ini.

Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullai dan tadarus al-Quran, sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap daripada umat Islam.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”

(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

DAPATKAN PAHALA YANG BERTERUSAN

Tiada sedekah yang menjadikan kita miskin. Malah Allah SWT akan memberikan ganjaran yang lebih buat mereka yang bersedekah.

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.

(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Ayuh, tanamkan dalam diri anda untuk terus istiqamah bersedekah pada pada waktu malam bagi mendapat ganjaran yang Istimewa.

Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan dikurniakan sebaik ganjaran di dunia dan di akhirat.

RM295.00 of RM20,000.00
ended 12 bulan ago

Sila klik pautan dibawah untuk berkongsi maklumat ini bersama orang ramai dan membantu golongan yang memerlukan 

WhatsApp
Telegram
Facebook
Twitter
LinkedIn