Sedekah Pembuka Pintu Rezeki
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)
Sesiapapun tidak tahu bila dirinya akan dipanggil mengadap Allah Rabbul Jalil.Sebelum tidur atau selepas bangkit dari tidur.Malah ramai yang kembali ke alam baqa ketika enak lena tidur di atas tilam empuk.Malah ramai yang tidak sempat mewasiatkan harta benda mereka kepada yang tersayang,khasnya bahagian empunya diri untuk bekalan di akhirat kelak.
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. – Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi
Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan dikurniakan sebaik ganjaran di dunia dan di akhirat.
آمِيْن يَا رَبَّ
Sumbangan infak,sedekaf tunai/ cek anda secara manual juga boleh disalurkan melalui:
Nama Akaun : Yayasan Ammirul Ummah
No. Akaun: 563019271201
Bank: Maybank Islamic
No. Akaun: 8603338218
Bank: CIMB Bank
Alamat Pejabat Operasi:
Yayasan Ammirul Ummah,
Lot 20200 Taman LG Utama,
Jalan Tengku Umar, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia
Email : yayasanammirulummah@gmail.com
No. Telefon:+6017 316 3106
Maklumat Lanjut:- www.yayasanammirulummah.com
Reviews
There are no reviews yet.