DESKRIPSI PROGRAM
1 Al Quran kongsi 3 adik beradik
Ya cik, masih ada yg berkongsi Al Quran di pondok Pondok Arrohman. Masa saya sampai mudir pondok menunjuk Al Quran lusuh tapi masih digunakan.
Gambar mudir memegang Al Quran lusuh dan Al Quran yang digunakan di pondok Arrohman.
Ponpes kampung ciekek banten terbakar di ruang tidur mereka sebab litar pitas. Alhamdulillah semua nyawa selamat cuma Al Quran mereka terbakar teruk sehingga tidak dapat guna.
Anak-anak Tahfiz disana kekurangan Al Quran dan banyak Al Quran yang lusuh untuk kegunaan harian. Team kami di Indonesia dah pergi melawat ke sana,sangat sedih melihat Al Quran yang mereka gunakan.
Minggu ini, Yayasan Ammirul Ummah fokus Wakaf Al Quran untuk:
1. Madrasah Miftahul Khoir – Selesai✅
2. TPA Safana Aulia – Selesai✅
3. TPA Al Hijrah – Selesai✅
4. TPA Lentera Qur’an – Selesai✅
5. Baitul Qur’an Al Ikhwan – Selesai✅
6.Ponpes kampung ciekek banten ( kebakaran ) – Selesai✅
7. Tpq Durotul Hayat – Selesai✅
8. pondok Pondok Arrohman – Selesai✅
Kawasan Madrasah Miftahul Khoir
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim)
Bukti sumbangan sebelum ini
Status pengeluaran Dana
- 11 Jun 2023 : Rm5000 dikeluarkan untuk 100 Naskah Al Quran diagihkan kepada Madrasah Miftahul Khoir
- 17 Jun 2023 : Rm5000 dikeluarkan untuk 100 Naskah Al Quran diagihkan kepada TPA Safana Aulia
- 2 Julai 2023 : Rm10000 dikeluarkan untuk 200 Naskah Al Quran diagihkan kepada TPA Al Hijrah dan TPA Lentera Qur’an
- 9 Julai 2023 : Rm5000 dikeluarkan untuk 100 Naskah Al Quran diagihkan kepada aitul Qur'an Al Ikhwan.