Bayangkan anak-anak ini
membaca Al Quran ini setiap hari, menghafal dan mengajar kawan-kawan yang lain membaca Al Quran yang diwakafkan oleh Tuan Puan.
Artinya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Swt. Maha Mengetahui”.
(Surah Ali Imran – Ayat 92)
Bulan Zulhijjah adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan peluang untuk menggandakan pahala. Yayasan Ammirul Ummah menganjurkan kempen Wakaf Quran khas untuk bulan ini, dengan matlamat menyebarkan ilmu dan hidayah kepada umat Islam khususnya di Malaysia & Indonesia.
Pahala Berterusan: Setiap kali Quran yang diwakafkan dibaca, pahala akan terus mengalir kepada anda.
Alhamdulillah, mereka dapat menghafal 15 juzuk berkat sumbangan penyumbang semua.Terima kasih!
Memperbanyak Pahala: Setiap kali Quran dibaca, pahala terus mengalir kepada penderma.
Memudahkan Pembelajaran Al-Quran: Membantu individu dan komuniti untuk mempelajari Al-Quran.
Ya, anda boleh wakafkan seberapa banyak Quran yang anda mahu.
Setiap wakaf yang kami terima akan diberikan laporan dari bermula wakaf diterima sehingga lengkap agihan dilakukan.
Bersama-sama membuat kebaikan dan kebajikan dengan Yayasan Ammirul Ummah
Dengan penuh kesyukuran, kami mengumumkan bahawa agihan Wakaf Al-Quran sempena bulan Zulhijjah telah berjaya diselesaikan. Berkat sokongan dan sumbangan ikhlas daripada para dermawan, naskhah Al-Quran telah berjaya diagihkan kepada semua pondok yang memerlukannya. Pondok-pondok terakhir yang menerima agihan ini adalah:
Kami sangat berterima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu menjayakan kempen ini. Setiap sumbangan anda telah membawa sinar hidayah kepada para pelajar di pondok-pondok ini, membolehkan mereka mendalami ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam. Semoga pahala dan keberkatan daripada amal jariah ini terus mengalir kepada anda semua. Terima kasih sekali lagi atas keikhlasan dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.