Waqaf Baikpulih dan Pembangunan Masjid

KENAPA DI MALAYSIA, KAMI HANYA BAIK PULIH MASJID?

Pada awal Februari 2021, kami Yayasan Amirul Ummah telah melawat beberapa buah masjid di Terengganu. Sebanyak 10 buah masjid yang dilawati, kami dapati ia berada dalam keadaan usang dan daif.Banyak peralatan masjid juga sudah tidak dapat digunakan dan perlu segera diganti untuk kemudahan jemaah beribadah.Sehingga kini, kami masih memerlukan lagi dana untuk membaikpulih keperluan masjid ini.Antara beberapa baik pulih yang berjaya diselenggara dan digantikan adalah 300 unit lampu masjid ditukar kepada lampu baru, memasang ‘Speaker’ baru, kipas siling dan banyak lagi. Ayuh kita imarahkan dan memudahkan rakyat Malaysia untuk beribadah dengan selesa di masjid.

JADI, KENAPA KITA BINA MASJID DI INDONESIA?

Indonesia sering digemparkan dan dilanda bencana alam yang telah memusnahkan banyak harta benda, kediaman dan bangunan mereka.
Bencana tsunami, banjir, tanah runtuh dan gempa bumi juga turut memberi kesan kepada mereka bukan sahaja dari segi ekonomi, fizikal malah emosi mereka juga. Sebagai umat Islam, beribadah dan berada di dalam rumah Allah mampu memberi ketenangan.  Namun, kejadian ini juga turut memusnahkan tempat beribadah mereka, MASJID.

Pada tahun 2018, di Donggola, Sumatera Tengah, bencana gempa bumi besaryang berlaku telah memusnahkan 191 masjid yang digunakan oleh 293 470 orang umat Islam untuk beribadah.Masjid Miftahul Jannah yang musnah keseluruh bangunan masih belum boleh dibangunkan kerana kekangan dana setempat.

 

 Sehinggalah pada tahun 2020, Yayasan Ammirul Ummah mengambil inisiatif mengumpul dana bagi mempercepatkan masjid ini disiapkan. Namun, berbeza pula Masjid Miftahursudur yang memerlukan pembinaan masjid bagi masyarakat muslim minoriti yang mempunyai taraf hidup rendah. Masjid baru ini juga akan digunakan untuk kelas pengajian Al Quran.

Masjid Al Muqaramah juga dibina untuk menggantikan masjid sementara mereka yang sudah tidak sesuai untuk digunakan. Penduduk di sini mempunyai sumber pendapatan rendah kerana kebanyakkan daripada mereka adalah nelayan. Apabila masjid ini siap nanti, ia juga akan memudahkan dan membantu anak-anak Bajo belajar agama serta mengaji Al Quran.

Masjid Nurul Mujahidin, masjid yang hampir 83% siap dibina untuk menempatkan 200 jemaah ketika solat berjemaah terutamanya solat Jumaat. Di sini, masjid yang paling hampir dengan mereka adalah berjarak 3KM dan turut juga menjadi Madrasah (Tempat Pengajian Al Quran(TPA)) pertama di desa mereka. Mereka sangat bersyukur kerana masjid yang yang dibina sejak 2018 pada awalnya tiada perubahan kerana kekurangan dana, kini hampir siap sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia.

SANGATLAH RUGI KEPADA SESIAPA YANG LEPASKAN PELUANG

MASJID WAKAF YANG DIBINA UNTUK KEGUNAAN SAUDARA ISLAM KITA YANG MEMERLUKAN

AYUH BERSAMA KITA BANTU SIAPKAN MASJID MEREKA !

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(HR Muslim)

MASJID YANG SUDAH SIAP DIBINA

Hulurkan sumbangan anda

Yayasan Ammirul Ummah mengalu-alukan sumbangan daripada individu, organisasi dan juga syarikat bagi membantu kami untuk membina dan baikpulih masjid-masjid di Indonesia.